jangan ditangisi….

Jpm1000000pmThu, 31 Jan 2008 19:00:32 +000008 14, 2008 at 10:36p01 (Puisi)

duduk seorang diri..

bukan bermakna sunyi..

bukan bermakna sepi..

bukan bermakna merajuk hati…

duduk seorang diri mencari ilmu..

merantau jauh beribu batu…

jauh dari ibu…

jauh dari ayahku..

semua itu memberi semangat

agar ku berdiri penuh tekad

agar ku kuat

menempuh dunia yang sentiasa padat

dengan pelbagai nikmat..

asalkan hidup jangan sekali-kali dilaknat.

juga jangan sekali-kali diri ini dikhianat…

berlari mengejar mimpi…

tapi tanpa usaha sendiri..

umpama tidur di siang hari…

masa berpusing tidak berhenti..

sampai ajal maka terbuka pintu mati.

hidup biarlah umpama resam padi…

tunduk diri tanda berisi..

tunduk diri tanda rendah diri..

tapi,

jangan sampai tunduk diri

menlenyapkan semangat jati.

bangunlah diriku…

jangan ditangisi apa yang telah berlalu..

walaupun jiwa ditusuk sembilu…

biarkan ia pergi dari mu…

biarkan ia meninggalkan mu..

kerna diri mu bukan untuk ku..

walaupun sesak dada jiwaku..

biar tersentap degup jantungku…

biarpun hancur luluh menjadi debu..

tapi jangan sekali kali dendam membuku

menjadi batu..

walaupun ia bukan salahku..

biarkan pahit berubah manis..

manisnya mampu menghentikan gerimis..

mampu mengubat hati terguris…

terguris hati menjadi perintis..

agar hidup lebih kritis…

biar mata jadi optimis..

moga berjaya terus diwaris.

Dihasilkan oleh:Saya sendiri (31/01/08)

penulis dan dedikasi untuk diri sendiri dan sesiapa yang perlukan kata motivasi dalam bentuk puisi.

1 Komen

  1. leona said,

    the hardest things to do are usually the most rewarding…so be strong, k?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: